Kontroversi rumahtangga pempengaruh Cik Epal dan bekas suami, Jofliam kecoh lagi apabila wanita yang dikatakan orang ketiga tampil membersihkan namanya.
Dalam satu sesi podcast, wanita dikenali sebagai Dewi berkata, apa yang tular sebelum ini adalah fitnah. Dia juga mendedahkan telah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kerana Cik Epal mahu menebus salahnya.

Terbaru, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berseloroh berkata, dia akan muncul di sesi podcast untuk menceritakan situasi di pihaknya jika dibayar RM100,000.
Bagi RM100K Cik Epal Pertimbang Masuk Podcast

Katanya lagi, tiada keperluan memberi penjelasan kerana semua yang terjadi bukanlah berpunca dari dirinya.
Untuk sekarang, aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuatnaik apa-apa kenyataan. Tapi kalau ada yang sudi bayar RM100k masuk podcast, boleh la aku consider. HAHAHA
Terdahulu, Cik Epal seakan memberikan isyarat bahawa dia tidak lagi mempedulikan bekas suaminya dan bersedia melepaskan Jofliam kepada sesiapa sahaja.
#OhmediaNasihat
Dalam hidup ni, bila berdepan dengan kontroversi atau tuduhan, kadang-kadang lebih baik kita bertenang dan biarkan sahaja orang berkata-kata. Kadangkala, berdiam diri lebih baik daripada menambah kekecohan. Yang penting, jaga maruah dan jangan mudah melatah. Kita sendiri yang tahu kebenaran dalam hati.





