“Cikgu Kelas Suruh Update Details Suami” – Isteri Fizi Ali Akhirnya Bersuara Isu ‘Idme’ Anak Shakilla Khoriri | Oh! Media

“Cikgu Kelas Suruh Update Details Suami” – Isteri Fizi Ali Akhirnya Bersuara Isu ‘Idme’ Anak Shakilla Khoriri | Oh! Media

Nama pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali kembali hangat diperkatakan apabila mereka berbalah isu pendaftaran sekolah anak.

Shakilla berang apabila penjaga lain yang bukan ibu bapa kandung didakwa cuba mengambil peranannya sebagai penjaga utama.

Namun, perkara itu dinafikan Fizi Ali mengatakan dakwaan tidak masuk akal.

BACA: “Mak Tiri Layan Elok Pun Kena Kecam?” – Fizi Ali ‘Naik Angin’ Balas Tuduhan Bekas Isteri, Shakilla Khoriri

Terbaru, Shakilla tampil menjelaskan isu yang dihadapinya ketika mahu mendaftarkan sekolah anak.

Penjelasan daripada Shakilla isu sistem ‘idme’

Sebagai ibu yang pertama kali menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), Shakilla memasukkan no mykid anak dan terpampang emel yang tidak dikenalinya.

Aku proceed ke next slide, next slide bila masuk lagi mykid Ameena. Aku terkejut, tergamam dan tak tahu nak buat apa.. Kenapa penjaga untuk nama Ameena orang ni? Bila i nak isi detail i sebagai penjaga utama, dekat situ keluar seperti dah ada orang yang sudah registerkan Ameena di bahagian tambah anak. Dekat situ tertera nama dan details orang tu sebagai penjaga. Aku terkejut. Aku cepat-cepat tukar maklumat dan terlupa nak screenshot.

Katanya, di hujung proses pendaftaran ibu bapa perlu menyertakan dokumen-dokumen seperti yang diminta.

Bagi ibu bapa yang berpisah, mereka perlu menyertakan surat hak jagaan anak dan Shakilla mendakwa mungkin ‘orang’ tersebut tidak dapat teruskan dengan pendaftaran kerana tiada surat itu.

Isteri Fizi Ali tampil pertahankan diri

Tidak mendiamkan diri, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali tampil memberikan penjelasan panjang lebar selepas didakwa mendaftarkan anak tirinya ke sekolah tanpa pengetahuan ibu kandung.

isteri fizi ali

Dalam komen balasnya, Tiz menjelaskan dia tidak pernah menafikan anak tirinya, Ameena, masih mempunyai ibu kandung.

Namun jelasnya, apabila sudah berkahwin dengan Fizi Ali, guru kelas anak memintanya mengemaskini maklumat suami terkini termasuk tanggungan di bawahnya.

TizIkha turut menyentuh isu nafkah anak menjelaskan bahawa Fizi tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa walaupun tidak banyak.

Respon Shakilla isu tanggungan

Namun jelas Shakilla, dia yang menanggung Ameena sepenuhnya dan bekas suami hanya memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan yang dianggapnya sebagai duit ‘jajan’.

shakilla khoriri

Jadi, pelakon ini berpendapat tindakan meletakkan Ameena sebagai senarai tanggungan adalah tidak patut kerana hanya dia seorang yang menanggung persekolahan Ameena selama ini.

#ApaKataOhmedia

Nampaknya kes ini semakin meleret apabila masing-masing berbalas kenyataan. Jika ada komunikasi yang baik antara penjaga, mesti ianya mudah diselesaikan tanpa perlu didedahkan kepada umum kan?


Scroll to Top