Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad secara terbuka mengakui sedang dalam fasa mengenal hati budi bersama seorang wanita, Khalida Balqis yang juga merupakan seorang aktres.
Ketika ditemui XTRA, Wanns, 34, menyifatkan hatinya mula terpaut kepada Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Akish saat pertama kali bertentang mata ketika bertemu di sebuah penggambaran tahun lalu.
“Aqish itu adalah sosok wanita yang saya tengah mengenali hati budi dan seorang yang istimewa di hati saya. Kami pertama kali jumpa semasa melakukan penggambaran bersama, Menantu dari Amsterdam pada tahun Januari 2024.
“Saya pertama kali tengok dia rasa macam ada aura. Banyak usaha saya lakukan untuk menang hati dia,” katanya.
Sudah menyulam cinta selama setahun lebih, pelantun lagu Terus Mencintaimu ini tidak menyerahkan urusan jodohnya kepada Allah SWT.
“Doakan yang baik-baik. Kalau Allah kurniakan rezeki, insya-Allah. Kalau benar tuhan kata ini adalah jodoh saya, saya bersyukur,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video berjudul Bulanku di Ibu Kota pada Khamis.
Pada majlis itu juga, kekasih hatinya Balqis turut hadir memberi sokongan.
Selain Balqis, aktres Amyra Rosli yang turut terlibat sebagai ‘cameo’ dalam muzik video Bulanku juga hadir.




