Cipta Aplikasi Untuk Kanak-Kanak Seawal 5 Tahun, Nad Zainal, Ungku Ismail Dipuji – “Contoh Artis Bijak”

Cipta Aplikasi Untuk Kanak-Kanak Seawal 5 Tahun, Nad Zainal, Ungku Ismail Dipuji – “Contoh Artis Bijak”

Pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail menerima pujian ramai apabila mencipta aplikasi untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.

Menerusi platform Threads, individu tersebut memuat naik tangkap layar memaparkan sesi siaran langsung Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin mempromosi aplikasi tersebut.

Aplikasi yang dikenali sebagai ‘Power Congkak’ itu difahamkan merangkumi latihan matematik premium yang direka untuk meningkatkan kemahiran aritmetik dan keupayaan kiraan mental kanak-kanak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan mereka mengenai aplikasi tersebut yang dikatakan bermanfaat kepada anak-anak mereka.

Malah, netizen turut memuji Nad beruntung kerana memiliki seorang suami yang bukan sahaja hebat berlakon, malah juga bijak.

Scroll to Top