Citarasa tradisi Pahang meriahkan bufet Ramadan Resorts World Awana

Citarasa tradisi Pahang meriahkan bufet Ramadan Resorts World Awana

RESORTS World Awana menyemarakkan kehadiran Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan bufet istimewa bertemakan ‘Iftar Pahang Timur-Barat’ yang mengetengahkan hidangan tradisi dan citarasa tempatan negeri Pahang.

Pengalaman berbuka puasa itu diilhamkan bagi menghimpunkan keluarga, rakan dan komuniti dalam suasana penuh kemesraan, sekali gus menonjolkan nilai kebersamaan serta keharmonian yang menjadi teras bulan Ramadan.

Pengunjung memulakan santapan dengan pilihan kurma tempatan dan import sebelum menikmati aneka pencuci mulut tradisional bertemakan Semanis Tradisi, Selembut Dirasa yang menampilkan kuih-kuih warisan seperti onde-onde, seri muka, akok, bingka, tepung pelita dan badak berendam.

Satay antara menu turut ditawarkan di Resort World Awana.

Satay antara menu turut ditawarkan di Resort World Awana.

Selain itu, buah-buahan tempatan segar, jeruk gaya Nyonya serta kaunter Bubur Warisan Pahang yang menyajikan bubur klasik Ramadan turut melengkapkan pengalaman berbuka.

Bufet berkenaan mengetengahkan pelbagai zon hidangan yang menonjolkan identiti kulinari Pahang, termasuk Champion Kambing Golek, Celup Tepung Beserah serta aneka sup berempah yang dihidangkan bersama roti Benggali.

Pada hujung minggu, pengunjung turut berpeluang menikmati makanan laut bakar berinspirasikan Tanjung Lumpur, selain pilihan popular seperti satay, otak-otak, murtabak, roti john, shawarma, nasi kandar, mi, laksa dan pelbagai kudapan tempatan.

Bufet dihidang setiap hari bermula 20 Februari hingga 20 Mac.

Bufet dihidang setiap hari bermula 20 Februari hingga 20 Mac.

Hidangan utama pula menampilkan menu berasaskan masakan tradisi seperti rendang tok, ayam masak merah, ayam kerutuk, gulai kawah daging, patin masak tempoyak dan singgang daging, selain pelbagai jenis kari, nasi beraroma dan sayur-sayuran klasik.

Bagi pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati ais krim, ais batu campur dan cendol bersama minuman seperti sirap bandung, teh tarik serta pelbagai minuman berasaskan buah-buahan.

Bufet Iftar Pahang Timur-Barat dihidangkan setiap hari bermula 20 Februari hingga 20 Mac 2026, dari jam 6.30 petang dengan harga RM118 bagi dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, Resorts World Genting turut menawarkan pelbagai promosi Ramadan di lokasi lain dalam resort. Di Jom Makan SkyAvenue (Aras G), Setalam Ramadan berharga RM45 ditawarkan dari 19 Februari hingga 20 Mac bermula jam 2 petang setiap hari, menampilkan ayam percik bersama nasi minyak, ulaman dan air bandung ais.

Jom Makan Street Food (Aras 4) pula memperkenalkan promosi Aneka Kerabu sepanjang tempoh sama dari jam 3 petang hingga 8 malam setiap hari, menawarkan pelbagai pilihan kerabu tradisional serta minuman seperti air jagung, bandung cincau dan teh limau ais.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Resorts World Awana atau melayari laman web rasmi rwgenting.com. atau mengikuti platform media rasmi.

Ringkasan AI

  • RESORTS World Awana menawarkan bufet istimewa bertemakan ‘Iftar Pahang Timur-Barat’ dengan hidangan tradisional Pahang
  • Pengalaman berbuka puasa diilhamkan untuk menghimpunkan keluarga dan komuniti dalam suasana kemesraan
  • Bufet tersebut termasuk kurma, pencuci mulut tradisional, buah-buahan segar, dan bubur warisan Pahang
  • Menyajikan pelbagai hidangan utama tradisional dan pencuci mulut seperti rendang tok, ayam masak merah, ais krim, dan cendol
  • Disajikan setiap hari dari 20 Februari hingga 20 Mac 2026, dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak
Scroll to Top