City buru tiga mata di Villa Park

City buru tiga mata di Villa Park

Manchester City tiba di Villa Park malam ini dengan misi jelas mengekalkan rentak tanpa kalah mereka dan memanfaatkan kemerosotan prestasi juara bertahan, Liverpool.

Dalam suasana persaingan Liga Perdana yang sengit, anak buah Pep Guardiola hadir dengan keyakinan tinggi selepas membina rentak sembilan perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan.

Guardiola memberi amaran bahawa City bukanlah pasukan yang sama seperti ketika lawatan sebelum ini ke Villa, di mana kali ini City sudah berubah dan semakin mantap dalam beberapa minggu terakhir.

Namun City terpaksa mengharungi aksi ini tanpa tunjang tengah mereka, Rodri, yang disahkan terlepas aksi menentang Villarreal dan Aston Villa kerana kecederaan hamstring.

Ketiadaan Rodri memberi cabaran taktikal buat Guardiola tetapi juga peluang kepada pemain lain untuk melangkah ke hadapan.

Dalam tempoh sembilan perlawanan tanpa kalah itu, lima daripadanya datang dalam kempen Liga Perdana satu statistik yang menunjukkan kestabilan City sejak permulaan musim.

Kemenangan malam ini akan meletakkan City dalam kedudukan terbaik di carta liga satu situasi yang menjadi lebih penting memandangkan juara bertahan, Liverpool sedang menghadapi kemerosotan prestasi dan beberapa keputusan buruk baru-baru ini.

Secara keseluruhan, City mengekalkan rekod lebih baik berbanding Villa dalam pertemuan sepanjang beberapa musim lalu.

Dalam lima pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, kedua pihak saling bertukar kemenangan tetapi City masih memiliki kelebihan agregat dari segi jumlah kemenangan dalam H2H (Head to Head) keseluruhan.

Apapun kehadiran City ke Villa Park sebagai pilihan utama untuk meraih tiga.

Jika City dapat mengawal bahagian tengah dan memberi sokongan konsisten kepada Erling Haaland, peluang untuk pulang dengan kemenangan malam ini adalah tinggi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top