GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjangkakan perlawanan sengit dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen yang segar dan kompetitif menjelang perlawanan di Stadium Parken, awal pagi Rabu, kata Pengendali, Pep Guardiola
Copenhagen yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A menyisihkan Manchester United dan Galatasaray, mengekori Bayern Munich, kembali beraksi kompetitif selepas berehat musim sejuk selama dua bulan.
City pula berada dalam momentum rekod kemenangan 10 perlawanan semua pertandingan tetapi pengendali dari itu Sepanyol mengakui masih tidak berpuas hati dengan momentum pasukannya ketika meneruskan kempen kejuaraan Eropah.
“Kami telah melihat apa yang (Copenhagen) boleh lakukan menentang Manchester United dan Galatasaray dalam kumpulan yang sangat sukar. Apabila saya melihat apa yang mereka lakukan saya fikir ‘wow’…



