London: Manchester City mengesahkan Rodri mengalami kecederaan ligamen di lutut kanannya semasa pertembungan mereka pada hujung minggu lalu menentang Arsenal, walaupun tahap penuh kecederaan itu masih tidak jelas.
Pemain tengah itu berada di Sepanyol minggu ini untuk berunding dengan pakar selepas terpaksa keluar dari permainan di pertengahan separuh masa pertama di Stadium Etihad akibat perlanggaran dengan Thomas Partey.
“Manchester City FC boleh mengesahkan bahawa Rodri mengalami kecederaan ligamen di lutut kanannya,” kata penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam satu kenyataan.
“Kecederaan ITU berlaku semasa separuh masa pertama dalam perlawanan seri 2-2 dengan Arsenal di EPL pada hujung minggu lalu.”
Kenyataan itu menambah: “Penilaian sedang berlangsung untuk menentukan tahap penuh kecederaan dan ramalan yang dijangkakan.”
Tiada garis masa yang ditetapkan untuk pemulihannya, tetapi, bercakap selepas kemenangan 2-1 pasukannya dalam Piala Liga menentang Watford, pengurus City, Pep Guardiola menyatakan bahawa Rodri akan terpaksa berehat ‘untuk tempoh yang lama’.
© New Straits Times Press (M) Bhd




