Coco lantik jurulatih baharu

Coco lantik jurulatih baharu

London: Coco Gauff kini bangkit selepas perpisahannya dengan Brad Gilbert dengan melantik Matt Daly sebagai jurulatihnya.

Daly menyertai Jean-Christophe “JC” Faurel untuk membantu Coco yang berpisah dengan Gilbert minggu lalu.

Daly, yang berusia 45 tahun, sebelum ini melatih pemain Kanada, Denis Shapovalov, di Jelajah ATP musim lalu.

“Saya sangat teruja untuk perubahan baru dan berharap dapat meningkatkan bahagian lain dalam permainan saya.

“Bekerja dengan Brad adalah sangat hebat dan jelas sekali kami mempunyai kerjasama yang baik.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk melakukan penetapan semula, sesuatu yang segar dan menambah beberapa perkara dalam permainan saya yang saya rasa perlu saya lakukan untuk menjalani musim yang lebih baik tahun depan,” katanya.

Dianggap sebagai salah seorang jurulatih dan penganalisis terbaik sukan itu, Gilbert, 63, menyertai pasukan Gauff pada Julai 2023 dan tidak lama kemudian menjadi ketua jurulatihnya.

Gauff, 20, mencapai ranking dunia tertinggi kerjaya iaitu kedua terbaik dunia pada bulan Jun di bawah bimbingan Gilbert.

Bagaimanapun, timbul beberapa ketegangan dalam beberapa bulan terakhir apabila Gauff menyuarakan kritikan terhadap pasukan kejurulatihannya selepas kalah kepada pemain nombor 19 dunia, Emma Navarro di Wimbledon.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top