Comel! Pengguna jalan raya bersatu selamatkan anjing buat ramai tersenyum

Comel! Pengguna jalan raya bersatu selamatkan anjing buat ramai tersenyum

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan seekor anjing peliharaan yang terlepas di jalan utama.

Menerusi video yang diperoleh dari TikTok dan dimuat naik kembali ke Twitter itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen pujian kerana berasa sangat terharu dengan keprihatinan pengguna jalan raya yang lain.

Dari video yang dikongsikan itu, orang ramai terutamanya beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta telah mengepung dan memastikan anjing tersebut dapat ditangkap serta diselamatkan.

Pengguna jalan raya juga dilihat memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan anjing tersebut ditangkap.

Akhirnya, menerusi perkongsian tuan kepada anjing tersebut dikenali sebagai Steven Chong di Facebook, dia telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu menyelamatkan anjing peliharaannya.

Dia juga turut rasa terhutang budi kepada lelaki dikenali sebagai Mr Siva yang menjadi penjaga sementara anjing bernama Dafi itu.

Video yang dimuat naik oleh @vantharajavathavareven di TikTok telah mendapat pelbagai makluma balas positif di ruangan Twitter apabila dimuat naik kembali pengguna bernama shebzzzzzzzzz di laman sosial tersebut.

Untuk makluman, anjing bernama Dafi itu sudah sepuluh hari hilang dan dicari oleh tuannya. Steven Chong telah membuat iklan dengan memuat naik ke Facebook meminta bantuan orang ramai mengesan anjingnya yang lari dari ‘Petsway’ di kawasan Cheras.

Sumber: Twitter, Steven Chong

Scroll to Top