Nampaknya, content antara usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Iman Troye menjadi apabila lagu raya terbaru nyanyian mereka, Tung Tung Raya, mencatatkan angka tontonan memberangsangkan apabila meraih lebih 150,000 tontonan dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan di YouTube.
Lagu ini merupakan naskhah kedua sempena musim Syawal 2026 oleh usahawan yang dikenali dengan nama Papa Laris ini.
Sebelum ini, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida dan dua anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra muncul dengan lagu Mama Papa Raya.
Kejayaan Tung Tung Raya menyusul selepas single sebelum ini berjudul Mama Papa Raya yang terus melonjak populariti, kini menghampiri 800,000 tontonan di platform yang sama.
Reaksi di media sosial menunjukkan ramai penonton menyukai unsur hiburan dan konsep visual MV tersebut, dengan komen-komen memuji rentak lagu yang mesra musim perayaan.


Beberapa peminat menyifatkan kedua-dua karya Aliff itu berjaya menghidupkan suasana raya dan mudah menjadi tontonan santai keluarga.




