COPA: Gol Cavani pacu kemaraan Uruguay

COPA: Gol Cavani pacu kemaraan Uruguay

CUIBA, Brazil: Edinson Cavani menjaringkan gol ke-52 buat Uruguay ketika pasukannya menempah tiket ke suku akhir Copa America 2021 menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Bolivia sebentar tadi.

Penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe tidak bernasib baik menjaringkan gol sendiri, namun selepas itu berjaya mempertahankannya dengan baik.

Begitupun, Bolivia menjadi pasukan pertama tersingkir daripada Copa jika Paraguay mengelak kekalahan di tangan Chile dalam perlawanan seterusnya Kumpulan A.

Uruguay layak mencatat kemenangan pertama dalam kejohanan kali ini apabila mendominasi permainan.

Malah, mereka boleh menang kumpulan itu yang kini diketuai Argentina sekiranya keputusan lain memihak kepada mereka.

Peluang pertama hadir buat Uruguay menerusi Giorgian De Arrascaeta, namun sepakan kaki kirinya mengatasi palang.

Hantaran De Arrascaeta dari sebelah kanan selepas itu terkena Lampe dan menerjah ke gawang sendiri.

Selepas berjaya mempertahankan gawangnya dengan baik, penyerang Manchester United, Cavani memecahkan kekentalan pertahanan Bolivia 11 minit, sebelum tamat apabila menyempurnakan hantaran lintang pemain simpanan, Facundo Torres. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top