COPA: Magis Messi bawa Argentina ke separuh akhir

COPA: Magis Messi bawa Argentina ke separuh akhir

GOIANIA, Brazil: Lionel Messi meledak jaringan menerusi sepakan percuma dan membantu dua lagi jaringan bagi membolehkan Argentina menewaskan Ecuador 3-0, sekali gus menempatkan pasukan ke saingan separuh akhir Copa America 2021 menentang Colombia.

Messi terlepas peluang keemasan pada babak pertama, namun membantu jaringan Rodrigo De Paul pada baki lima minit, sebelum tamat babak pertama.

Dia kemudian membantu jaringan buat Lautaro Martinez selang lima minit sebelum tamat babak kedua.

Pemain Barcelona itu kemudian mencetak jaringan keduanya dalam kejohanan menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan bagi memuktamadkan kemenangan 3-0.

Jaringan itu adalah yang ke-76 bersama Argentina dan membawanya menghampiri rekod pencapaian dilakukan Pele.

“Saya sentiasa katakan bahawa hadiah individu adalah perkara kedua, kami di sini untuk sesuatu yang lain,” kata Messi.

“Kami mempunyai objektif dan begitu fokus terhadapnya.

“Satu perlawanan yang sengit, kami tahu betapa sukarnya pihak lawan. Apa yang penting kami sudah mengambil satu lagi langkah ke hadapan.”

Argentina belum lagi ditewaskan dalam 17 perlawanan sebelum ini. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top