Madrid: Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois disahkan tidak akan menyertai pasukan untuk aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Olympiacos susulan mengalami masalah perut, kata kelab itu hari ini.
Madrid dalam satu kenyataan memaklumkan penjaga gol Belgium itu ‘mengalami gastroenteritis viral’, sekali gus menyaksikan Andriy Lunin bakal mengawal gawang juara 15 kali berkenaan di Athens, awal pagi Khamis.
Los Blancos ketika ini menghuni tangga ketujuh fasa liga dan sedang bergelut mencari rentak selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir semua pertandingan, termasuk tewas 0-1 kepada Liverpool pada aksi UCL sebelum ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




