Cover Semula Lagu Syamel, Kelly Azman Dikecam Netizen – “Telinga Aku Sakit Dengar U Nyanyi!”

Cover Semula Lagu Syamel, Kelly Azman Dikecam Netizen – “Telinga Aku Sakit Dengar U Nyanyi!”

Nama selebriti serba boleh Kelly Azman sekali lagi menjadi perhatian warga maya selepas tular sebuah video persembahannya menyanyikan lagu Hamba Cinta.

Lagu tersebut merupakan nyanyian asal penyanyi terkenal, Syamel.

Persembahan Kelly itu bagaimanapun menerima reaksi buruk daripada netizen. Komen di media sosial menyatakan nyanyian Kelly didakwa merosakkan lagu asal.

Ada juga yang membandingkannya dengan versi penyanyi asal yang lebih mantap dari segi vokal dan penghayatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih 15 Tahun Kami Menjalin Kolaborasi” – Serasi Bersama, Kelly Azman Senang Bergandingan Dengan Ani Maiyuni

Isu ini menjadi semakin hangat apabila segelintir netizen turut mempersoalkan kredibiliti Kelly sebagai penyanyi.

“Saya sedar saya dikecam tetapi saya memilih untuk tidak memberikan respons kepada kritikan yang tidak membina.

“Kenapa orang nak bandingkan saya dengan penyanyi asal? Vokal saya dan Syamel mungkin berbeza, namun saya rasa penghayatan kami berada dalam kelas tersendiri,” kata Kelly.

ARTIKEL BERKAITAN: Cover Lagu Finalis AJL39 Dapat Kecaman, Kelly Azman Tak Ambil Hati – “Saya Tukar 10 Pasang Baju, Menyanyi Live Recording”

Enggan melayan komentar negatif yang dilemparkan warganet, Kelly mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya yang sibuk sepanjang Ramadan.

“Saya sebenarnya malas nak layan komen buruk netizen. Bagi saya, jika semakin kita layan, mereka akan lebih menjadi-jadi.

“Lebih baik saya fokus kepada rencana kerjaya saya sepanjang Ramadan. Saya sibuk membuat persembahan secara konsisten setiap hari di St. Giles Boulevard Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Mid Valley Megamall bersama Ani Maiyuni.

“Walaupun menerima kecaman, persembahan saya tetap mendapat perhatian dan setiap malam, ramai penonton hadir,” katanya.

Scroll to Top