WASHINGTON: Komuniti perisikan Amerika Syarikat (AS) mencapai ‘persetujuan meluas’ bahawa COVID-19 bukan virus yang dibangunkan sebagai senjata biologi.
Menurut rumusan sebuah laporan, kebanyakan agensi AS terbabit juga menilai dengan ‘keyakinan rendah’ bahawa ia tidak diubah suai secara genetik.
Namun, komuniti berkenaan masih belum mencapai pendapat sepakat mengenai asal usul patogen itu.
Majlis Perisikan Nasional bersama empat agensi menyokong penjelasan bahawa ia berkemungkinan tercetus daripada pendedahan semulajadi kepada haiwan.
Sebuah agensi pula menyokong teori kebocoran makmal, manakala tiga lagi gagal membuat sebarang rumusan berhubung perkara itu. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




