COVID-19: Korban di Amerika Latin, Caribbean lepasi 700,000

COVID-19: Korban di Amerika Latin, Caribbean lepasi 700,000

MONTEVIDEO: Jumlah korban COVID-19 di Amerika Latin dan Caribbean sudah mencecah lebih 700,000 mangsa, menurut penjumlahan AFP berdasarkan sumber rasmi, setakat petang semalam.

Rantau itu yang terdiri daripada 34 negara serta wilayah di Amerika Tengah dan Selatan serta Caribbean termasuk Mexico, merekodkan 700,022 kematian – angka korban kedua tertinggi selepas Eropah.

Brazil dan Mexico menyumbang dua per tiga daripada jumlah kematian COVID-19 di rantau itu.

Brazil yang muncul negara kedua paling terkesan dengan penularan COVID-19 selepas Amerika Syarikat (AS), mencatat lebih 266,000 kematian daripada 11 juta jangkitan dilaporkan. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top