Cuaca tidak menentu sukar proses SAR lelaki dihanyut kepala air

Cuaca tidak menentu sukar proses SAR lelaki dihanyut kepala air

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Cuaca tidak menentu menjadi cabaran kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, keadaan cuaca tidak menentu di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur terutamanya hujan di kawasan utara menyebabkan paras air meningkat dengan cepat dan arus yang deras menyukarkan operasi penyelamatan.

Menurutnya, pencarian di permukaan air melalui susur Sungai Klang sehingga ke kawasan negeri Selangor dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Pencarian mangsa turut menggunakan dron. Operasi SAR bersambung jam 9.30 pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambah baikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang semalam.

Sazalee dilaporkan berkata, ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan yang

mana 12 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Mereka terdiri daripada tujuh warga Indonesia, Bangladesh (empat) dan seorang warga tempatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top