
Israel telah menghentikan projek pembinaan kontroversi E1 itu sejak 2012. Foto Agensi
TEL AVIV – Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich meluluskan pelan penempatan haram baharu Yahudi yang akan memisahkan Baitulmaqdis Timur dari Tebing Barat.
Langkah itu dikhuatiri akan menguburkan rancangan penubuhan negara Palestin.
Ia melibatkan pembinaan kira-kira 3,401 unit rumah antara kawasan penempatan sedia ada di Tebing Barat dan Baitulmaqdis di bawah skim E1 yang dibekukan sebelum ini.
Difahamkan, Israel telah menghentikan projek pembinaan kontroversi itu sejak 2012 setelah mendapat bantahan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Eropah.
Komuniti antarabangsa berpendapat rancangan tersebut akan mengancam sebarang perjanjian damai bersama Palestin dan penyelesaian dua negara yang disarankan banyak pihak. – Agensi