Kisah pemergian allahyarham Nurly Sahirah Azman bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah terus mendapat perhatian apabila kuburnya sering diziarahi orang ramai.
Namun, tindakan segelintir individu yang tidak menjaga adab ketika berziarah telah mencetuskan kebimbangan keluarga.
BACA: Ada Ambil Tanah Kubur Buat Khurafat, Keluarga Arwah Nurly Terpaksa Tutup Dengan Tali!
Terbaru, Berita Harian melaporkan bapa arwah, Azman Mohamad tidak menghalang sesiapa untuk menziarahi kubur anaknya tetapi beliau memohon pengunjung menjaga tatasusila dan tidak melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam.
Tegur ambil tanah kubur, bimbang khurafat

Mengenai dakwaan ada individu yang mengambil tanah kubur arwah untuk dijadikan azimat, Azman memohon individu tersebut bertaubat.
Saya tidak pasti kerana banyak masa berada di rumah tetapi jika ada yang berbuat demikian (ambil tanah kubur), mereka perlu minta maaf dan memohon keampunan Allah.
Beliau turut menegaskan tindakan itu boleh membawa kepada khurafat dan syirik, serta merupakan dosa besar dalam Islam.
Cukup sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, tidak perlu buat perkara tidak sepatutnya.
Jika tak terkawal, bimbang pintu pagar kubur akan dikunci

Disebabkan kebimbangan terhadap kemungkinan kejadian tidak diingini, pihak keluarga telah memasang tali penghadang di sekeliling kubur Nurly Sahirah.
Kini, wakil dari Pejabat Agama Daerah Besut juga turut membuat rondaan malam sebagai langkah berjaga-jaga.
Kita bimbang jika keadaan tidak terkawal, pihak berkenaan boleh mengunci pintu pagar tanah perkuburan ini.
Azman turut memohon maaf kerana tidak dapat melayan semua pengunjung yang hadir setiap hari.
Pssttt! Menziarahi kubur adalah amalan mulia, tapi mestilah dilakukan dengan adab dan keinsafan, bukan dengan perbuatan khurafat. Semoga arwah Nurly Sahirah terus dicucuri rahmat dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.