“Cukuplah Hukum Orang, Kerja Allah Jangan Kita Ambil” – Nora Danish 

“Cukuplah Hukum Orang, Kerja Allah Jangan Kita Ambil” – Nora Danish 

Pelakon Nora Danish menyeru orang ramai agar berhenti menghukum dan menghakimi sesama manusia, sebaliknya menyerahkan urusan tersebut  kepada penilaian Allah SWT.

Menerusi satu perkongsian, Nora menegaskan setiap perkara yang berlaku dalam hidup manusia sudah diatur, termasuklah ujian dan perasaan yang perlu dilalui.

“Setiap sesuatu yang kita lihat, semua telah Allah aturkan untuk kita yang rasa, kita yang dipilih. Untuk apa? Supaya kita jadi lebih baik.

“2026 dah, cukup la kot hukum orang. Kerja Allah jangan kita ambil,” katanya.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya, apabila ada yang bersetuju dengan mesej disampaikan, namun tidak kurang juga yang tampil memberi pandangan berbeza.

Meskipun begitu, rata-rata pengikut aktres itu tampil berani menitipkan pesanan meminta agar Nora menegur rakan-rakan ‘Usrah’ nya terlebih dahulu untuk tidak menjadikan isu kontroversi sebagai ‘sindiran berlapik’.

Scroll to Top