Penyanyi, Ifa Raziah mohon maaf atas kesilapannya menulis komen yang didakwa memperlekeh kaum Iban pada hantaran video dibuat rakannya, Kelly Azman, di Instagram, baru-baru ini.
Ifa atau Saripah Raziah Mustapha berkata, dia tidak mempunyai niat untuk mencetuskan provokasi bersifat perkauman dalam komen yang ditinggalkan mahupun mengguriskan perasaan banyak pihak.
Ifa Raziah mohon maaf
Selebriti berusia 49 tahun itu akui dirinya sangat terkejut apabila komen ditinggalkannya itu menjadi bualan ramai sehingga kini meskipun ia dibuat enam minggu lalu.
âKomen yang ditulis pada video rakan baik saya, Kelly Azman itu adalah sekadar bergurau.
âMalah, ayat saya itu pun tiada unsur negatif yang mengata bukan-bukan terhadap kaum Iban,â katanya.
Artikel lain: Pakaian Iban dihina, NGO kaum Dayak lengkap berbaju tradisi buat laporan polis
Tegas Ifa Raziah, komen âIngatkan perempuan Iban mana yang tersesatâ itu sama sekali tidak bersifat ke arah percubaannya untuk âbody shaming atau âface shamingâ etnik tertentu.
âSaya tak bermaksud apa-apa pun dengan komen itu. Apatah lagi, berniat nak âbody shamingâ ke atau âface shamingâ etnik tertentu. Pertama kali tengok video Kelly itu, saya nampak âhead gearâ yang dipakai atas kepalanya sangat cantik.
âSetahu saya juga, orang Borneo paling cantik. Sebab, saya pun ada ramai kawan orang Sarawak dan Sabah daripada pelbagai kelompok etnik. Jadi, takkan saya nak main sentimen perkauman. Tak ada terniat pun di hati saya,â katanya.
Menurut Ifa, dia juga sudah bersedia meminta maaf apabila isu itu muncul menerusi sidang media akan dibuat, namun dia berada di Singapura atas urusan kerja baru-baru ini.
Ifa berkata, sebagai orang Islam, dirinya langsung tidak mempunyai niat untuk mengguriskan hati sesetengah perkauman terutama orang orang Borneo, Sabah, Sarawak dan orang Iban.
âSemi Allah semua itu disalah ertikan. Saya susun sepuluh jari dan mohon maaf.
âSaya harap penjelasan yang saya buat ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku. Saya tak ada niat, tak sengaja. Itu hanya gurauan antara saya dengan sahabat baik dan orang mungkin salah faham,â katanya lagi.
Terdahulu, komen Ifa itu mendapat kecaman hebat netizen dan dianggap berbaur provokasi selain tidak menghormati etnik kaum di Sarawak itu.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)