Cuti panjang empat hari hujung bulan ini

Cuti panjang empat hari hujung bulan ini

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia akan menikmati cuti empat hari berturut-turut sempena cuti umum penghujung bulan ini.

Ia susulan pertembungan tarikh dua cuti umum yang jatuh secara berturutan iaitu Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, masing-masing pada 31 Mei dan 1 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam perkongsian di Facebook minggu lalu memaklumkan, jika Hari Wesak jatuh pada Ahad iaitu hari rehat, maka 2 Jun iaitu pada Selasa adalah cuti gantian.

“Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (pada Isnin, 1 Jun) adalah cuti wajib bagi pekerja sektor swasta dan tidak boleh diganti.

“Bekerja pada cuti umum melayakkan pekerja menerima bayaran khas mengikut Akta Kerja 1955,” menurut perkongsian kementerian itu.

Kementerian itu turut mengingatkan semua majikan dan pekerja memahami hak masing-masing.

Minggu itu juga adalah cuti pertengahan tahun bagi sesi persekolahan tahun ini yang bermula 23 Mei hingga 7 Jun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top