Gelagat anak kepada aktor Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya dilihat teruja apabila bapanya menang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37.
Menerusi video dikongsikan oleh Fattah di Tiktok, Fatima gembira serta menjerit sebaik nama Fattah diumumkan sebagai pemenang Aktor Filem Popular.
BACA: Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik
“Daddy! Daddy! Daddy! Daddy menang!” jerit Fatima.
Diruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat reaksi Fatima. Tidak kurang juga, ramai yang memuji didikan Fazura apabila melihat sokongan Fatima terhadap bapanya.

Jumaat lalu, Fattah dinobatkan sebagai pemenang kategori Aktor Filem Popular dan Artis Kontoversi Popular ABPBH37.




