“Daddy Simpan Semua Memori Dalam Telefon” – Luahan Fattah Amin Untuk Fatima Undang Sebak | Oh! Media

“Daddy Simpan Semua Memori Dalam Telefon” – Luahan Fattah Amin Untuk Fatima Undang Sebak | Oh! Media

Dalam temubual bersama Janna Nick baru-baru ini, pelakon Fattah Amin mengundang rasa sebak apabila membuat luahan cukup menyentuh hati buat anaknya, Nur Fatima Aisya.

Fattah secara jujur mengakui dia sebenarnya tidak mahu perceraian bersama bekas isteri, Nur Fazura berlaku.

Fattah masih simpan memori mereka bertiga dalam telefon

Pelakon ini berkata, dia sangat sayangkan Fatima sejak anaknya itu dilahirkan ke dunia. Walaupun kini tidak lagi tinggal sebumbung, Fattah berharap agar hubungan ayah dan anak kekal utuh sampai bila-bila.

Lebih menyentuh hati, Fattah berkata, dia masih menyimpan memori manis mereka bertiga dalam telefon bimbitnya.

Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi.

Dalam nada sebak, Fattah menyatakan hasratnya untuk melihat anak mereka membesar dalam suasana yang gembira, namun keadaan sudah tidak lagi berpihak kepada kehendaknya.

“Bila Fatima dah besar, Fatima akan faham keadaan sebenarnya”

fatima

Fattah juga berharap Fatima tidak melupakan dirinya dan dia berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama Fatima.

Daddy nak bawa Fatima jalan-jalan. Nak bagi Fatima happy, kita pergi playground kita pergi beli toys. Kalau boleh daddy nak buat semua tu tapi.. bukan sebab daddy sibuk. Bila Fatima dah besar, Fatima akan faham keadaan sebenarnya.

Tambah Fattah lagi, dia sentiasa mahu membahagiakan Fatima, tetapi keadaan yang berlaku membuatkan segalanya di luar kawalannya.

Apa-apa pun yang berlaku, dia mahu Fatima menyayangi ibu bapa dengan adil. Malah, kasih dan sayangnya juga sama seperti Fazura menyayangi Fatima.

Pssttt! Sedihnya. Walaupun jauh di mata, Fatima tetap yang pertama di hati Fattah kan?

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top