Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia sudah membelanjakan hampir RM1 juta sepanjang 10 tahun dia mengeluarkan lagu-lagu nyanyiannya.
Memetik mStar Online, Aliff berkata untuk menghasilkan lagu bukan proses mudah kerana memerlukan kos tinggi untuk kualiti terbaik.
BACA: “Kau Dah Ada Susu Dua” – Aliff Syukri Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’
“Setiap lagu boleh menelan belanja lebih RM100,000 termasuk bayaran kepada penari, komposer, pemuzik, penulis lirik dan juga syarikat rakaman. Secara anggaran saya dah membelanjakan RM1 juta untuk terbitkan lagu sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia terkilan ada yang memperkecilkan dirinya namun meskipun tanpa promosi lagunya mendapat sambutan.
“Saya dah hiburkan rakyat Malaysia selama 10 tahun tapi masih ada yang menghina dan mengecilkan saya. saya hanya ingin menunjukkan bakat saya.
“Walaupun tanpa label dan pemasaran, lagu saya tetap menjadi tular. Ramai orang suka dengar suara saya. Saya cuma minta satu perkara saja, dengar dan hargai bakat saya,” katanya.
Sumber: mStar Online




