“Dah Agak ‘Game’ Ni” – Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran Nafi Dakwaan Pukul Isteri

“Dah Agak ‘Game’ Ni” – Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran Nafi Dakwaan Pukul Isteri

Oh! Artis

Kamal Adli naik angin mendakwa difitnah memukul isteri.


Rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose kembali menjadi perhatian apabila Uqasha mendakwa dirinya dipukul sepanjang perkahwinan.

Namun, Kamal menerusi laporan Kosmo! menafikan semua tuduhan itu dan sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran demi membersihkan namanya.

Kamal nafi pukul isteri, sanggup bersumpah

Kamal Adli

Isu ini bukan sahaja mengejutkan peminat, malah mencetuskan persoalan baharu tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam perkahwinan mereka.

Saya tak tumbuk dia, saya dah biasa. Dah agak benda ini ‘game’ (tuduhan). Demi Allah, saya berani junjung Quran, saya tak pernah pukul, tak tarik rambut isteri saya. Demi Allah saya berani junjung, letak atas nama mak ayah saya.

Di sebalik kontroversi itu, Kamal mengakui pelik mengapa dakwaan tersebut hanya timbul selepas empat tahun mereka berkahwin, sekali gus menegaskan segala tuduhan itu hanyalah fitnah.

Tak takut dengan laporan polis dibuat isteri

Kamal Adli

Pelakon ini juga tidak takut dengan laporan polis yang dibuat isterinya kerana dia tidak pernah naik tangan.

Ya Allah, saya tak takut pun. Lapor polis atau apa sebab saya tak pukul. Tak apalah, saya tak kisah orang nak fitnah, sebab dia masih isteri saya.

Kamal mengaku dia masih bertahan demi menjaga aib keluarga kerana Uqasha masih isterinya. Namun baginya, tuduhan yang dilemparkan kali ini sudah terlalu melampau.

Kamal turut mendedahkan bahawa banyak perkara yang dipendam selama ini, terutama apabila dirinya difitnah dan dimalukan melalui cerita-cerita yang disebarkan oleh isteri.

Sejujurnya banyak perkara yang disimpan dan dipendam. Pergi jumpa orang ini, cerita itu ini, buka (cerita) buruk saya kat sini. Menjatuhkan maruah saya. Orang cakap, itu datang daripada mulut isteri saya sendiri. Bila saya cakap depan-depan, dia cakap bukan daripada dia. Bila peminat atau sesiapa, dia boleh balas dan boleh burukkan saya? Saya tak pernah cakap apa dan saya diam.

Kamal berkata, dia cuba bertahan kerana tidak mahu anaknya ada ‘broken family’ apabila ibu bapa bercerai.

Malah, ujarnya isu pergaduhan sebenarnya sudah cuba diselesaikan kedua-dua belah keluarga.

Pssttt! Isu rumah tangga pasangan selebriti ini sememangnya menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan dakwaan yang berat. Apa pun, hanya mereka yang tahu cerita sebenar. Semoga kedua-duanya diberikan kekuatan mencari jalan terbaik demi anak mereka.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top