“Dah anak dara..” – Cantik berkebaya siap posing, anak Sari & Jep dipuji comel

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Penuh kasih sayang dan tidak menimbulkan kontroversi, keluarga aktres Sari Yanti dan pasangannya pelawak Jep Sepahtu antara yang sering menjadi perhatian netizen di laman Instagram.

Terbaru, satu-satunya anak perempuan mereka iaitu Dariya Inara mencuri tumpuan ramai apabila tampil mengenakan busana kebaya sempena sambutan Aidiladha kelmarin.

Menerusi perkongsian foto di laman Instagram masing-masing, si cilik berusia tiga tahun itu nampak ayu berkebaya putih dengan padanan kain batik merah.

Meskipun tiada pembantu rumah dan pengasuh, Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari tetap memastikan lima orang anaknya kelihatan kemas sebelum bergambar kenang-kenangan seisi keluarga.

Malah, Dariya juga dilihat paling menyerlah dengan melakukan pelbagai gaya ‘posing’ di hadapan kamera tanpa berasa kekok seperti kanak-kanak seusianya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mereka memuji kecomelan Dariya yang dilihat sudah seperti ‘anak dara’ selain cantik serta bergaya tidak ubah seperti ibunya.

Terdahulu, Sari berkahwin dengan Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Sari turut mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Sumber: Instagram Sari Yanti & Jep Sepahtu