Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berpendapat tiada isu jika pasangan kekasih atau suami isteri mengamalkan konsep 50-50.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Elizabeth menjawab pertanyaan seorang individu mengenai perkara itu kepada pasangan berbangsa Cina.
BACA: “Nak Anak Kenal Datuk Nenek Mereka” – Elizabeth Tan Mahu Zuriat Secepat Mungkin

“Untuk kawan-kawan cina, saya nak tahu, ada tak yang 50/50 ke dalam hubungan?” soalnya.
Menjawab pertanyaan individu itu, Elizabeth berkatadia dan suaminya mengamalkan konsep tersebut sejak zaman bercinta lagi sehingga kini sudah berkahwin.
Menurutnya lagi, ianya tidak menjadi isu serta berseloroh dengan cara tersebut masing-masing tidak menyimpan dendam.
“Setiap masa sejak zaman bercinta. Sekarang dah kahwin pun masih 50/50. Dengan cara ini, tiada simpan dendam dalam hati. Bergilir-gilir saja bayar, apa isunya,” tulisnya.
Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.




