“Dah Kahwin Pun Nak Peluk?” – Netizen Kecam Aksi Mesra Yusuf Bahrin Dan Nelydia Dalam Drama | Oh! Artis – Oh! Media

“Dah Kahwin Pun Nak Peluk?” – Netizen Kecam Aksi Mesra Yusuf Bahrin Dan Nelydia Dalam Drama | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Netizen persoalkan status masing-masing yang sudah berumahtangga tapi berlakon adegan mesra.


Tular di TikTok baru-baru ini satu video memaparkan babak lakonan Yusuf Bahrin dan Nelydia Senrose yang telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Video tersebut merupakan ‘teaser’ untuk drama terbaru bertajuk Seindah Hujan Cinta. Netizen mempersoalkan kemesraan mereka walaupun sekadar untuk drama.

Netizen persoal imej masing-masing di luar skrin

Mana taknya, Yusuf dan Nelydia kelihatan berpeluk dan berpegangan tangan, menimbulkan tanda tanya adakah babak sebegitu wajar memandangkan masing-masing sudah berkahwin.

Malah, status Nelydia sebagai seorang ‘hajah’ turut menambah api kontroversi. Ruangan komen di TikTok dihujani kritikan daripada pengguna yang kecewa dengan aksi tersebut.

Tetap bermaksiat walaupun pegang macam tu.

Malah, ada juga yang kecewa terhadap Yusuf yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon yang menolak adegan bersentuhan dengan aktres.

Yusuf Bahrin

Sikap Yusuf yang dikatakan berubah berbanding sebelum ini turut menjadi bualan hangat. Ada yang menganggap perbuatan itu memberi contoh tidak baik kepada penonton, terutama generasi muda yang menjadikan artis sebagai idola.

Pssttt! Alamak! Lama tak tengok Nelydia berlakon, sekali kena kecam pula. Apa-apa pun, drama tetap drama, tapi adakah batas pergaulan perlu diketepikan atas nama seni lakonan?

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top