“Dah Lama Saya Digantung” – Fyna Jebat Dah Fail Cerai Terhadap Zainal Abidin

“Dah Lama Saya Digantung” – Fyna Jebat Dah Fail Cerai Terhadap Zainal Abidin

Penyanyi Fyna Jebat memaklumkan dia sudah pun memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Zaial Abidin Hassan.

Memetik mStar Online, Fyna berkata dia memfailkan cerai pada Disember tahun lalu dan prosiding pertama pada April depan.

BACA: “Isteri Pertama Tak Tahu Kami Masih Bersama” – Fyna Jebat Masih Isteri Sah Zainal Abidin

Fyna berkata dia nekad untuk berpisah selepas hasratnya untuk dilepaskan secara baik tidak diendahkan dan sering diberikan janji-janji manis.

“Kali ini saya memang nekad. Dah banyak kali minta untuk dilepaskan tapi dia sering tunda dan janji untuk berubah.

“Sudah lama saya digantung sebenarnya. Jadi kali ini saya ambil keputusan untuk fail perceraian,” katanya.

Sementara itu, Fyna berkata suaminya tidak pernah mengabaikan dari segi nafkah namun dia dan anak mahukan kasih sayang.

“Kalau bab nafkah, memang tiada masalah. Dia memang ada bagi. Tapi saya bersama dengan dia bukan sebab duit. Saya juga mahukan kasih sayang dia sebagai suami dan bapa,” katanya.

Terdahulu, Fyna mengesahkan bahawa dia masih isteri sah kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu.

Fyna berkata dakwaan mereka sudah bercerai tidak benar, sebaliknya perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan umum termasuk isteri pertama Zainal.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top