Dah masuk 6 bulan, peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal

Dah masuk 6 bulan, peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal

Anak kepada pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal sudahpun memasuki usia 6 bulan.

Walaupun belum pernah berkongsi wajah Bilal kepada umum, namun, Neelofa tidak lokek memaklumkan perkembangan anak sulungnya dari hari pertama dia dilahirkan.

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Neelofa di media sosial, dia telah berkongsi ‘sipi-sipi’ wajah Bilal yang sedang duduk di dalam carseat.

Dapat dilihat fizikal Bilal yang sangat gebu ditambah dengan warna kulitnya yang putih mulus.

Sudah tentu perkongsian berkenaan membuatkan para peminat pasangan tersebut begitu teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah Bilal walaupun belum ditunjukan lagi.

Baru-baru ini juga Neelofa ada berkongsi momen Bilal sedang belajar makan dan gerak-geri comelnya telah membuatkan para peminat jatuh hati.

Meskipun wajah Bilal belum didedahkan sepenuhnya, ramai yang teruja melihat perkembangan baik putera sulung pasangan Neelofa dan PU Riz.

Mereka juga menyatakan yang cahaya mata selebriti dan usahawan itu persis ‘mat saleh’ melihat dari warna rambutnya yang keperang-perangan serta kulitnya yang cukup putih.

 

 

Sumber: Instagram Neelofa, Lofa.Page