Dah sampai Istanbul, netizen usik suami isteri kena tangkap basah -“Nasib makcik tak ikut”

Dah sampai Istanbul, netizen usik suami isteri kena tangkap basah -“Nasib makcik tak ikut”

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan sepasang suami isteri yang ‘ditangkap basah’ di hotel tempat mereka menginap dipercayai angkara pemilik kedai makan berhampiran lokasi tersebut.

Pengguna TikTok dikenali sebagai Zed Rodzuan itu memaklumkan kepada pegawai pejabat agama bahawa dia dan isteri akan berangkat ke luar negara untuk berbulan madu sambil menunjukan kad pernikahan mereka.

Susulan daripada insiden tersebut, Zed telah berkongsi ‘update’ terbarunya bersama isteri yang sudahpun sampai ke Istanbul.

Dia telah menulis kapsyen lucu mengatakan sudah berada di negara tersebut walaupun baru semalam ‘ditangkap basah’.

@zed.rodzuan

Semalam kena tangkap basah, harini sudah di istanbul 😂

♬ Rayuan Perempuan Gila – BRANZZ

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh memintanya berhati-hati kerana boleh jadi mak cik kedai makan turut ‘menghantar’ suaminya untuk mengekori mereka berbulan madu sama seperti sewaktu mengikutinya ke hotel kerana tidak berpuas hati.

Ada juga berasa lega kerana mak cik kedai makan yang cuba ‘memerangkap’ pasangan suami isteri itu tidak ikut sama sehingga mereka sampai ke destinasi utama bulan madu mereka nanti.

 

 

Sumber: TikTok Zed Rodzuan

Scroll to Top