Pelakon dan penyanyi Alif Satar menghargai pengorbanan isterinya yang sedang sarat hamil namun gigih menguruskan keluarga sepanjang Ramadan ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alif berkata Ramadan tahun ini isterinya individu yang paling penat menyiapkan sahur dan berbuka buat mereka sekeluarga.
BACA: Alif Satar Syukur Diberi Rezeki Solat Jemaah ‘View’ Indah Di New Zealand
“Masya-Allah Tabarakallah… Ramadan tahun ni, saya tengok awak yang paling penat… dah sarat pun masih bangun awal, naik turun tangga nak siapkan sahur dan iftar untuk semua,” tulisnya.
Sementara itu, Alif turut mendoakan agar pengorbanna. isterinya itu dibalas dengan ganjaran syurga serta dipermudahkan untuk melahirkan anak keempat mereka dijangka pada dua Syawal ini.
“Semoga syurga ganjaran awak, Sayang. Sikit lagi,” katanya.




