“Dah Viral Baru Nak Tukar Penyiasat, Baru Nak Buat Post Mortem” – Syed Saddiq

“Dah Viral Baru Nak Tukar Penyiasat, Baru Nak Buat Post Mortem” – Syed Saddiq

Trending

Syed Saddiq persoal kenapa kes Zara Qairina hanya diambil tindakan selepas viral, rakyat protes.


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, lantang bersuara di Parlimen tentang isu buli yang masih berleluasa di sekolah.

BACA: Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Beliau mempersoalkan tindakan yang diambil kerajaan untuk menangani kes buli yang dilihat semakin sistemik.

“Warden culas, pengetua tutup mata”

Zara Qairina

Buli sistemik ini tidak hanya melibatkan pembuli. Buli itu sistemik apabila melibatkan warden yang culas dalam tanggungjawabnya, ia melibatkan pengetua yang menutup mata dan mulut untuk menjaga nama baik dan maruah sekolah. Ia melibatkan kawan-kawan sekolah yang menghalalkan buli dengan alasan, “Ini budaya kita yang kita warisi dari senior kita”.

Tegas beliau lagi, isu buli tidak wajar dibiarkan sahaja sehinggalah tular di media sosial untuk tindakan lanjut.

Kes adik Zara, dah viral dah ada protes baru ada keberanian untuk tukar pengetua dan warden. Persoalan saya, kenapa lambat sangat? Kenapa perlu tunggu 2-3 minggu baru nak ambil tindakan? Dah viral baru nak tukar polis, penyiasat, baru nak buat post mortem.

Beliau menyeru agar tindakan susulan diambil segera dan bukan berdasarkan tekanan publik semata-mata.

Di rumah, kalau ibu bapa culas dalam tanggungjawabnya yang akhirnya menyebabkan kecederaan kepada anaknya, tindakan jenayah boleh diambil. Persoalan saya, mengapa kita tidak boleh ambil tindakan yang sama kepada pemerintah di peringkat sekolah yang culas dengan tanggungjawabnya, yang akhirnya menyebabkan kecederaan atau pembunuhan yang begitu kejam.

Beliau berpandangan, tanggungjawab yang dipikul ibu bapa di rumah patut diletakkan juga kepada pemerintah sekolah supaya kes buli dipandang serius. Pendek kata, segala sokongan kepada aktiviti buli harus dihentikan.

Video penuh:

Pssttt! Sudah tiba masa kita hentikan drama “tunggu viral baru ambil tindakan”. Takkan nak tunggu rakyat protes dulu?

Kredit: TikTok | Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top