Penyanyi dan pelakon jelita, Daiyan Trisha bersedia untuk berkahwin jika bertemu dengan lelaki yang benar-benar serius serta komited dalam rumah tangga.
Memetik laporan mStar, Daiyan sudah malas menjalinkan hubungan cinta terlalu lama dan tiada masa untuk bermain-main.

Sebelum ini, dia meletakkan target untuk berkahwin pada umur 25 tahun namun sehingga usianya 31 tahun masih belum bertemu jodoh.
Kalau saya jumpa dengan seorang yang serius, saya terbuka dan sedia untuk berkahwin. Saya dah malas untuk melalui fasa bercinta terlalu lama. Kalau orang itu serius, jom kahwin!
Mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan pula, Daiyan mendedahkan tiada ciri-ciri khas tetapi tertarik kepada lelaki yang menjaga agama.
Bagi saya paling penting orang itu mesti jaga hubungan dengan Allah, seseorang dekat dengan agama. Kalau tak, saya sendiri pun tak rasa saya boleh memahami dia.
Aktres ini bagaimanapun tidak terburu-buru dalam soal perkahwinan kerana fokus utamanya masih karier. Dia terbuka diberikan jodoh pada usia berapa pun.




