Dakwa Bekas Tunang Hanya Ada RM500, Bella Dowanna Selar Saidah Kamarudin – “Dah Tahu Tak Ada Duit Tapi Setuju Nak Kahwin”

Dakwa Bekas Tunang Hanya Ada RM500, Bella Dowanna Selar Saidah Kamarudin – “Dah Tahu Tak Ada Duit Tapi Setuju Nak Kahwin”

Pelakon, Bella Dowanna meninggalkan komen sinis terhadap aktres, Saidah Kamaurudin selepas mengesahkan pertunangannya terlerai bersama aktor, Muntazar Gufran atas faktor kewangan.

Menerusi ruangan komen di hantaran portal hiburan, Bella seolah-olah mempersoalkan tindakan sama ada akaun banknya memiliki wang yang mencecah puluh ribuan ringgit.

Bukan itu sahaja, Bella juga seolah-olah menyalahkan Saidah yang bersetuju untuk mendirikan rumah tangga meskipun ketika itu masing-masing tidak mempunyai wang.

“Pastu akaun kau ada RM50,000 ke? Sama saja dua-dua tak ada duit dari awal tak payah kahwin. Dah tahu tak ada duit tapi setuju,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang membidas kenyataan Bella itu dan mempertahankan Saidah.

Sebelum ini, Saidah mendakwa bekas tunangnya, Muntazar menggodam akaun TikTok miliknya yang dipercayai telah menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.

Sekadar info, Saidah dan Muntazar mengikat talin pertunangan pada Mei tahun lalu namun mereka disahkan putus pada Oktober tahun sama.

Scroll to Top