Dakwa Buat Silap, Along Cham Dedah Ibu Pernah Larang Nikah Dengan Isteri – “Pejabat Agama Sahkan Ini Perkahwinan Ketiga Afreena”

Dakwa Buat Silap, Along Cham Dedah Ibu Pernah Larang Nikah Dengan Isteri – “Pejabat Agama Sahkan Ini Perkahwinan Ketiga Afreena”

Pelawak dan pelakon, Along Cham mendedahkan dia seolah-olah kesal membuat keputusan berkahwin dengan isterinya, Afreena Suhaimi kerana membelakangi ibunya.

Menerusi perkongsian di YouTube D’Apetu Show, Along atau nama sebenarnya, Muhammaf Nizamudin Ahmad, 42, mendedahkan ibunya pernah melarang daripada berkahwin dengan Afreena.

“Itu kesilapan saya, sampai saya membelakangkan ibu saya. Ibu saya dah melarang sebelum ini, tapi cinta itu membutakan. Banyak benda yang saya terpedaya dengan dia, terutamanya kata-kata dia,” dakwanya.

Lebih mengejutkan, Along mendakwa Afreena membohonginya dengan mengatakan perkahwinan mereka itu adalah perkahwinan kedua, sebaliknya itu adalah pernikahan isterinya yang ketiga.

Tidak berdiam diri, Along terus menghubungi isterinya bagi mengesahkan perkara tersebut namun Afreena menafikan.

“Apa yang diberitahu, saya adalah perkahwinan yang kedua tetapi masa daftar nikah, pejabat agama Sepang periksa, saya adalah perkahwinan ketiga dia.

“Saya pun bertanya, kalau saya teruskan anything tak jadi kahwin boleh kan dan pegawai itu jawab boleh. Jadi, saya teruskan majlis akad nikah itu,” ujarnya.

Sudah meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Afreena, Along mendakwa dia tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu ketika mendapat maklumat mengenai isterinya saat mereka masih berkawan.

Malah, Along turut mendakwa bapa mentuanya tidak mendedahkan perkara sebenar sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.

“Ada info yang saya dapat masa saya berkawan dengan dia, tapi saya tak patut korek kisah silam seseorang. Saya percaya 100 peratus dekat dia.

“Jadi saya bagi peluang dekat dia tetapi peluang itu tidak digunakan sebaik-baiknya. Saya buat lafaz taklik itu bukan untuk menceraikan dia, saya cuma harap dia menjaga rumah tangga ini buat kali terakhir, tetapi rupanya tidak,” dakwanya lagi.

Sebelum ini, Along mendakwa isterinya, Afreena telah melanggar tiga perjanjian lafaz taklik.

Sekadar info, Along dan Afreena berkahwin pada 4 April 2024.

Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Zila Seeron, pada Januari 2010.

Namun, perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada Ogos 2016. Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, yang kini berusia 14 tahun.

@buletin.tiktok

Replying to @buletin.tiktok 📽️🍉 Part 4. credit youtube D Apetu Show #fyp #berandafyp #gosip #bikinpanas #alongcham #alongrajalawak #cerai

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Scroll to Top