Pelakon jelita, Nur Fazura dilaporkan telah membuat lapaoran polis berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik oleh individu wanita menerusi platform media sosial.
Menurut sumber Harian Metro, Fazura hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dibuat wanita terbabit.
“Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya,” katanya ringkas.
Terdahulu, Fazura mengejutkan ramai pihak apabila dia berkongsi foto menerusi ruangan Instagram Story miliknya pada Khamis.
Menerusi hantaran tersebut, dia kelihatan sedang berada di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pelakon wanita itu.

Sumber: Harian Metro



