Pelakon, Jay Iswazir, 42, dilaporkan sudah menyerahkan notis tuntutan kepada bekas isterinya, Fatimah Azzahra Ahmad.
Ia susulan tindakan bekas isterinya itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.
Memetik laporan Harian Metro, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya, Tetuan Chambers Of Aminahtul Mardiah pada Khamis.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, Jay juga meminta Azzahra membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.
“Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi,” katanya.
Notis tersebut dikeluarkan Jay susulan kenyataan bekas isterinya di Instagram baru-baru ini yang mendakwa pelakon itu ada mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.
Sekadar info, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?
Sumber:Harian Metro