Dakwaan Diherdik Ketika Rehearsal, Amy Search Hantar LOD Kepada Shila Amzah

Dakwaan Diherdik Ketika Rehearsal, Amy Search Hantar LOD Kepada Shila Amzah

Oh! Artis

Amy Search hantar notis tuntutan kepada Shila Amzah selepas dakwaan serangan.


Bulan lalu, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan Shila Amzah telah diherdik penyanyi legenda, Amy Search ketika rehearsal konsert.

Maklumat awal siasatan mendapati, punca perselisihan kerana Amy tidak berpuas hati dengan tindakan Shila yang dikatakan mencampuri hal keluarga beliau.

BACA: Shila Amzah Nafi Campur Urusan Keluarga Amy Search

Peguam sahkan LOD dihantar kepada Shila

Shila Amzah

Malah, Amy juga dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 16 Julai untuk membuat laporan balas.

Terbaru, peguam mewakili Amy iaitu Datuk M Reza Hassan mengesahkan notis tuntutan (LOD) telah dikeluarkan kepada Shila.

Kami baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila. Saya tak boleh nak kongsi lagi. Kita tengok macam mana nanti.

Menurutnya, LOD itu sudah pun dihantar namun pihak Shila meminta sedikit masa sebelum memberikan maklum balas rasmi.

Amy Seach padam semua gambar di IG

Amy Search

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Amy didapati telah memadam semua gambar dan video di Instagram miliknya.

Tindakan ini tentunya menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Pssttt! Harap kedua-duanya dapat menyelesaikan isu ini secara profesional demi menjaga reputasi serta keharmonian industri hiburan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top