Dakwaan lambakan pelajar China tak benar, KPT sentiasa utamakan kuota anak tempatan di IPTA

Dakwaan lambakan pelajar China tak benar, KPT sentiasa utamakan kuota anak tempatan di IPTA

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menafikan dakwaan lambakan pelajar China di beberapa universiti awam, termasuk program asasi seperti mana yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di Parlimen, semalam.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau menegaskan pihaknya sentiasa mengutamakan pelajar tempatan dalam menempatkan mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Tegas Dr Zambry, pengambilan pelajar ke IPTA masih berlandaskan sistem UPU, mengutamakan anak-anak tempatan untuk menuntut ilmu di mana-mana institusi awam.

Dakwaan lambakan pelajar China

Dakwaan lambakan pelajar China

“IPTA ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak Malaysia. Kita tidak pernah kompromi kuota yang ditetapkan.
“Adalah tidak benar jika dikatakan pelajar luar, khususnya dari China, menutup peluang pelajar tempatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Simposium IEEE ke-32 di Universiti Sains Malaysia (USM) di Spice Arena di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, selaras dengan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, pelajar antarabangsa dari lebih 150 negara sedang melanjutkan pengajian di Malaysia, sama ada di IPTA atau IPTS.

“Kebanyakan mereka memilih Malaysia kerana yakin dengan kualiti pendidikan kita. Dahulu mereka ke Barat, tapi kini disebabkan persaingan dan isu geopolitik, mereka pilih Malaysia.
“Kita tidak boleh kurangkan kuota pelajar Malaysia yang ditetapkan kerajaan hanya kerana universiti mahu buat untung. Itu bertentangan dengan dasar,” tegasnya.

Artikel lain: Lebih 100,000 pengunjung! KPT gegar Ekspo Osaka, jalin 31 kerjasama global

Dakwaan lambakan pelajar China

Dalam pada itu, beliau memohon kepada Ahli Parlimen untuk tidak menjadikan isu pendidikan tinggi sebagai bahan politik sebaliknya terus berjumpa dengannya jika terdapat perkara berbangkit.

“Saya tidak berniat dan saya tidak mahu pun mempunyai polemik, sama ada dengan Wee Ka Siong mahupun sesiapa saja bukan kerana saya gentar atau takut, tapi saya lebih suka kalau sekiranya ada perkara-perkara berbangkit datang berjumpa terus dengan saya atau pegawai kementerian untuk mendapatkan maklumat tepat daripada membuat tuduhan yang hanya menimbulkan keresahan,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Scroll to Top