Dakwaan mesej tidak senonoh pengetua: Polis belum terima laporan

Dakwaan mesej tidak senonoh pengetua: Polis belum terima laporan

am@hmetro.com.my

Bagan Datuk: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan gangguan seksual dan penghantaran mesej tidak senonoh oleh seorang pengetua sekolah di Perak terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima,” katanya.

Terdahulu, dakwaan berkenaan tular di media sosial menerusi satu hantaran di platform Threads yang mendakwa pengetua terbabit menghantar mesej tidak senonoh kepada seorang pelajar perempuan, termasuk menggunakan ungkapan ‘I love you’.

Susulan itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, dilaporkan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Pengetua terbabit juga dilaporkan dipindahkan sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih dalam siasatan dan kesahihannya belum dapat dipastikan setakat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top