Oh! Artis
Nadia Brian tampil bersuara mengenai dakwaan putus cinta dengan Bossned dan jelaskan hubungan mereka masih baik.
Hubungan pelakon Nadia Brian dan usahawan terkenal Nedim Nazri atau Bossned sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul khabar angin mengatakan mereka sudah tidak lagi bersama.
Spekulasi tersebut mula diperkatakan dalam kalangan peminat apabila mereka dikatakan saling tidak mengikuti di media sosial.
Terbaru, Nadia dalam laporan mStar akhirnya tampil memberi penjelasan bagi meredakan persoalan ramai.
Nadia jelaskan hubungan masih baik
Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, hubungan mereka sebenarnya masih berjalan seperti biasa dan tidak seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Namun pelakon ini mengaku sedang dalam fasa merajuk di mana ianya normal dalam kalangan perempuan.
Biasalah, kita perempuan, kadang-kadang begitu. Kami pun baru saja dalam fasa perkenalan. Tiada apa yang perlu diperkatakan sebab hubungan kami masih baru, masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing. Semua okay sahaja. Bagi saya kita fokus apa yang penting seperti kerja dan keluarga. Sudah tentu kita nak yang baik-baik jadi doa yang baik-baik.
Dalam masa sama, Nadia juga mengakui dia kurang selesa berkongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadinya kepada umum kerana menganggap perkara berkaitan hubungan adalah sesuatu yang bersifat peribadi.
Kalau perihal peribadi, kita malulah sebenarnya nak bercerita dan kongsi untuk mendapatkan cerita, saya bukan macam itu. Bab hubungan ini adalah perkara peribadi. Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita, jadi saya berterima kasih. Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi.
Untuk rekod, hubungan Nadia dan Nedim mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu apabila mereka dilihat saling berkongsi momen bersama di media sosial.
Pssttt! Apabila melibatkan hubungan yang masih di peringkat awal, perkara seperti merajuk atau salah faham kecil memang biasa berlaku. Apa pun, peminat pastinya berharap yang terbaik buat Nadia Brian dan Bossned serta mendoakan hubungan mereka terus baik.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




