Dana RM8 juta bina pusat dialisis Yayasan Sultan Kelantan – PM

Dana RM8 juta bina pusat dialisis Yayasan Sultan Kelantan – PM

KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan  RM8 juta untuk menampung kos projek membina dan menyiapkan sebuah pusat dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Perdana Menteri  berkata, beliau sudah mempersembahkan peruntukan itu kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam pertemuan di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.

“Kelantan merekodkan penyakit diabetes yang tinggi. Jadi, saya minta rakyat Kelantan kurangkan sedikit gula untuk jauhkan daripada penyakit.

“Penyakit ini (diabetes) sudah menjadi masalah besar di Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah. Semua bersaing untuk dapat lebih banyak (jumlah pesakit diebetes),” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Medan Selera, Laman Siti Khadijah di sini hari ini.- UTUSAN

 

Scroll to Top