“Dapat Call Pun Boleh Senyum-Senyum” – Didi Astillah Usik Bella & Syed Saddiq

“Dapat Call Pun Boleh Senyum-Senyum” – Didi Astillah Usik Bella & Syed Saddiq

Kelibat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang hadir menemani pelakon Bella Astillah dan adiknya berlepas menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang baru-baru ini ternyata mencuri perhatian.

Bagaimanapun, kegembiraan peminat dan penyokong pasangan berkenaan tidak terhenti disitu selepas Didi berkongsi sesi siaran langsung menunjukkan Bella yang kelihatan tersenyum ketika menerima panggilan.

“Pelik kan, orang zaman sekarang dapat call pun boleh senyum-senyum.

“Dapat call pun dah boleh senyum,” katanya.

Sedar dengan tindakan Didi, Bella bagaimanapun berlalu pergi sebelum gelagatnya terus dirakam.

“Kenapa? Fokus beribadah Ya Allah. Fokus.

“Stop adik, you really need to stop. Once we inflight you really need to stop,” balas Bella.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan berasa seronok melihat tindakan kedua beradik itu.

Malah, ramai yang cuba meneka perbualan antara Bella dan Syed Saddiq.

 

Scroll to Top