Dapat kebenaran saat akhir, Caprice tunai impian jalani misi kemanusiaan di Gaza

Penyanyi rap dan usahawan yang cukup dikenali ramai dengan tagline ‘what’s on the news today?’ ketika mengupas isu semasa, Caprice berjaya menunaikan impiannya untuk menjalankan misi kemanusian di Gaza, Palestin.

Khabar gembira itu dikongsi oleh pemilik nama Ariz Ramli tersebut melalui ‘posting’ di laman sosial Instagram miliknya malam tadi.

Menurut Caprice, dia telah mendapat kebenaran pada saat akhir namun terpaksa berangkat seorang diri ke sana. Namun begitu, penyanyi berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur dan memohon pengikut  mendoakan perjalannya.

“Please doa for me Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza… Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni,” kata Caprice.

Perkongsian pelantun lagu KAU HADE itu dibanjiri komen netizen dan rakan selebriti yang mana rata-rata mereka mendoakan keselamatannya di sana.

Sumber: Instagram Caprice