Dapat Meet & Greet Anuar Zain, Kangen Band & Ramai Lagi, Jom Dapatkan Tiket Healing Nite Sekarang! | Branded – Oh! Media

Dapat Meet & Greet Anuar Zain, Kangen Band & Ramai Lagi, Jom Dapatkan Tiket Healing Nite Sekarang! | Branded – Oh! Media

Pernah tak korang berada dalam situasi di mana korang nak lari dari dunia nyata untuk cari ketenangan jiwa? 

Bukan apa, kadang-kadang bila rasa penat ni, bukan rehat dan tidur yang diperlukan sebenarnya, tapi lebih kepada nak recharge balik energi dengan muzik yang betul-betul kena dengan jiwa. 

Kalau korang tengah ada dalam situasi ini, jangan risau, we got your back! Inilah masa yang sesuai untuk korang pergi healing ke Konsert Healing Nite, pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur!

Gabungan Artis Paling Padu, Confirm Layan!

Bila cakap pasal healing ni kan, bukan sebarang artis yang boleh buat kita rasa tenang dan  menjiwai perasaan betul tak? 

Kami yakin korang mesti ada playlist korang tersendiri setiap kali kalau korang nak keluar pergi healing kan? Dan, dalam playlist tu, mesti, paling-paling pun ada salah seorang daripada lineup Healing Nite ni!

– Anuar Zain

– Ella

– Dayang Nurfaizah

– Lyodra

– Kangen Band

Kalau korang nak tahu, inilah barisan artis yang akan perform di Konsert Healing Nite nanti! Bukan senang nak buat lineup yang padu macam ni, confirm malam tu layan habis! 

Peluang Beramah Mesra Bersama Artis Kegemaran & Menang Hadiah Lumayan!

Healing tu dah satu, tahu tak korang siap boleh join sesi Eksklusif Meet & Greet barisan artis konsert Healing Nite ni? Perghh, rugi betul lah siapa yang tak join!

Bukan itu je, korang juga berpeluang menang hadiah lumayan lain seperti: 

– 1x penginapan 1 malam di The St. Regis, Kuala Lumpur

– iPhone 17 Air

Sepuluh pemenang bertuah akan dipilih secara rawak, jadi kalau korang nak jadi antara yang terpilih, beli tiket konsert Healing Nite dalam tempoh 24 Oktober hingga 30 November 2025 ni. 

Psst, tips untuk peluang menang lagi tinggi, beli tiket sebanyak mungkin, sebab 1 tiket bersamaan 1 entry! Jadi, pulun tiket sampai habis okay! 

Untuk yang dah beli tiket awal tu, jangan risau sebab semua tiket terjual sebelum ini masih lagi dikira. 

Pemenang bertuah akan diumumkan pada 5 Disember 2025 ini, jadi stay tuned tau!

Rasai Pengalaman Healing Next Level Sekarang!

Jujur cakap, dengan lineup yang cukup padu, siap ada peluang untuk menang hadiah-hadiah  menarik, memang berbaloi sangat datang ke konsert Healing Nite! 

Jadi, korang yang belum dapatkan lagi tiket ke Healing Nite, tunggu apa lagi? 

Jom, ajak kawan-kawan dan keluarga healing sama-sama, dan dapatkan tiket yang SAH di laman web rasmi Ticket2U sekarang!

Maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Healing Nite di Instagram untuk sebarang update terkini.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top