Dari bilik sewa ke 6 angka: Usahawan muda kongsi kejayaan bermodalkan RM200

Dari bilik sewa ke 6 angka: Usahawan muda kongsi kejayaan bermodalkan RM200

SHAH ALAM – Bermodalkan RM200, seorang usahawan muda kini menjana pendapatan enam angka sebulan hasil jualan yang diusahakan hanya dari sebuah bilik.

Pengasas Love Bits HQ, Nurul Amira Syahida Shamsul Anuar berkata, beliau mula berniaga pada tahun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dan keadaan itu menyukarkannya untuk mencari pekerjaan.

“Pada masa itu, saya masih bujang dan tidak bekerja, lalu memulakan perniagaan dengan duit sendiri sebanyak RM200 sahaja.

Nurul Amira Syahida kini menjana pendapatan enam angka sebulan hasil jualan yang diusahakan hanya dari sebuah bilik.

Nurul Amira Syahida kini menjana pendapatan enam angka sebulan hasil jualan yang diusahakan hanya dari sebuah bilik.

“Berbekalkan ketuhar tajaan ibu, saya memulakan langkah awal sehingga meraih pendapatan lumayan,” katanya semasa temu bual bersama Sinar Harian.

Menurutnya, idea berniaga dari bilik tercetus kerana ruang itu menjadi satu-satunya pilihan ketika semua orang perlu duduk di rumah sepanjang tempoh pandemik.

“Ketika itu saya menyewa sebuah bilik dan di situlah bermulanya perniagaan kecil-kecilan yang menjadi punca rezeki ketika orang ramai tidak boleh bekerja di luar,” ujarnya.

Nurul Amira menjelaskan, perjalanan perniagaannya bukan mudah kerana bermula dengan ruang yang sangat terhad serta berdepan pelbagai kekangan lain.

Nurul Amira Syahida bersama hos Ka Ching, Nabila Ahmad (kanan).

Nurul Amira Syahida bersama hos Ka Ching, Nabila Ahmad (kanan).

“Cabaran paling besar adalah kekangan ruang kerana stok tidak boleh disimpan banyak dan sukar menambah pekerja.

“Ruang bilik pun sempit, tetapi saya tetap meneruskan perjuangan dengan apa yang ada,” jelasnya.

Kini, selepas lima tahun, perniagaannya berkembang pesat sehingga berjaya menjana pendapatan tujuh angka setahun dengan pasaran yang semakin meluas.

Scroll to Top