Dari potensi jadi realiti, Infineon sahkan pelaburan RM30 bilion bina kilang di Kedah!

Dari potensi jadi realiti, Infineon sahkan pelaburan RM30 bilion bina kilang di Kedah!

Pelaburan tambahan bernilai RM30 bilion oleh syarikat semikonduktor terkemuka dunia, Infineon Technologies dari Jerman, kini direalisasikan dengan pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pelaburan tersebut merupakan kesinambungan hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pihak pengurusan tertinggi Infineon semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jerman sebelum ini.

Katanya lagi, pelaburan mega tersebut bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah turut membuka lebih 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat tempatan.

Infineon sahkan pelaburan RM30 bilion

Infineon sahkan pelaburan RM30 bilion

“Kini, potensi itu telah menjadi realiti. Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah nemulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Jelas Tengku Zafrul, fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi, menandakan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap peranan kerajaan pusat dalam menarik pelaburan bernilai tinggi ke Kedah.

Artikel lain: Lawatan PM Anwar ke Itali berbaloi! Malaysia raih potensi pelaburan RM8.13 bilion

Infineon sahkan pelaburan RM30 bilion

Infineon turut menunjukkan komitmen dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui pelancaran Program Pembangunan Vendor Tempatan yang menyokong lebih 130 syarikat tempatan.

“Masih lagi nak tuduh potensi pelaburan Perdana Menteri cuma pengumuman kosong? Dari potensi, kita jadikan realiti!” katanya.

Sumber: Facebook @Tengku Zafrul

Scroll to Top